Kereta api langar kereta.

*Kereta dirempuh kereta api, 10 individu terselamat.*

INDONESIA 03 Mei – Sepuluh individu nyaris maut selepas kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki dirempuh kereta api dalam kejadian di laluan kereta api Km 394 +3/4 Ilir Jalan Rumah Tumbuh Kelurahan Muara Enim, Kecamatan Muara Enim, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Selatan sekitar jam 12 tengah hari tadi waktu tempatan.

Menurut sumber, kereta api tersebut dalam perjalanan dari Lampung ke Tanjung Enim.

Difahamkan, kereta jenis Toyota Avanza tersebut dipandu seorang individu berusia 53 tahun bersama 10 penumpang mahu melintasi laluan lintasan kereta api namun terhenti dan kenderaan tersebut tidak boleh bergerak kehadapan mahupun kebelakangan.

Melihat kereta api semakin hampir, pemandu bertindak menurunkan semua penumpang dan selang beberapa saat kemudian, kenderaan tersebut dirempuh kereta api dan terseret sejauh lebih kurang 100 meter.

Ketua Polis Muara Enim, AKBP Aris Rusdiyanto mengesahkan kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. – info semasa

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s